suhazeli.blogspot.com
(((((((((((((SUHAZELI)))))))))))))))
From: ahmad muda osman
Salam Tuan Dr.,
Saya mengucapkan berbanyak terima kasih kepada tuan diatas maklumat tersebut dan hanya Allah sahaja yang akan dapat membalas jasa baik tuan ini. Dengan ini saya bertekad dan berusaha untuk meneruskan niat saya untuk membawa isteri saya mengerjakan haji ke tanah suci Mekah... Insyallah pada tahun hadapan 2009/1430H. Saya tidak akan lupa kepada jasa tuan ini. Jika tidak keberatan kepada tuan, saya akan menghubungi tuan lagi jika ada kemusykilan.
Sekali lagi saya ucapkan terima kasih. Disamping itu saya mendoakan semoga tuan sihat dan sejahtera semasa bertugas di Tanah Suci ini disamping itu juga saya mendoakan semoga keluarga tuan yang ditinggalkan di tanah air ini juga turut sihat dan dirahmati Allah.
Wassalam.---
>>>>>>>>>>>>
Pada Jum, 21/11/08,
suhazeli
Daripada: suhazeli
Subjek: Re: Ibadah Haji
Kepada: putrajaya475@yahoo.com.my
Tarikh: Jumaat, 21 November, 2008, 9:32 PM
Salam,
Saya di tugaskan pada tahun ini untuk menyambut jemaah haji yang masuk melalui lapangan terbang madinah. Proses clearance jemaah dari lapangan terbang ini amat mudah dan menyenangkan. Itu maklumat yang saya perolehi dari sahabat yang incharge lapangan terbang jeddah. Masalah utama kami adalah jemaah yang diketegorikan uzur, samada mempunyai penyakit kronik atau menaiki kerusi roda. Pada tahun ini sahaja fasa satu penerbangan malaysia-madinah, kami telah mengenal pasti seramai 115 orang jemaah(0.85%) yang memerlukan bantuan dan kerusi roda. Kebanyakan jemaah ini adalah yang telah mengalami penyakit kronik diMalaysia seperti pembedasha lutut, angin ahmar atau tidak bermaya akibat tua. Hampir 90% dari jemaah datang bersama mahram dan sanggup bersama ditanah suci (mengukit pengakuan yang dibuat dalam buku kesihatan). Sedikit sedih ingin saya maklumkan bahawa, Mekkah dan Madinah adalah bumi ujian, pabila sampai saje jemaah di bumi Madinah..masing-masing membawa diri. Mungkin terlalu takut dengan suara pak arab yang menengking untuk bergerak cepat atau mungkin itu adalah ujian pertama jemaah. Bagi jemaah yang berkerusi roda, terpaksa disorong oleh pekerja bangldesh airport. Walaupun itulah khidmat yang ditawarkan oleh kerajaan arab saudi bahawa setiap jemaah yang uzur, akan diuruskan sebaik mungkin, tetapi sekurang-kurangnya mahram yang datang bersama mengiringi jemaah yang uzur untuk keluar dari terminal dan seterusnya menaiki bas ke hotel. Doa terlalu amat penting bagi menghadapi ujian ini. Kita berdoa agar kita diberi kecekalan iman, takwa dan tidak menerima ujian yang terlalu berat semasa mengerjakan haji dan umarah.Tuan boleh terus berusaha dengan pihak tabung haji untuk membawa isteri tuan ke tanah suci. Dengan berkat doa dan tawakkal kita akan terus menghadapinya.
suhazeli.blogspot.com
(((((((((((((SUHAZELI)))))))))))))))
>>>>>>>>>>>>>>>
From: ahmad muda osman
To: suhazeli@yahoo.com
Sent: Friday, November 21, 2008 10:05:32 AM
Subject: Re: Ibadah Haji
Terima kasih saya ucapan kepada Tuan Dr. di atas respond yang segera.
Sebelum ini saya rasa samar-samar tentang kelulusan oleh pihak Tabung Haji untuk membenarkan saya membawa isteri ke Mekah, memandangkan penyakit angin ahmar yang di hidapinya adalah salah satu penyakit yang tidak layak untuk ke Tanah Suci, sebagaimana jadual yang Tuan Dr. paparkan dalam blog tuan.
Tetapi dengan penerangan yang jelas dan terperinci yang Tuan Dr. berikan itu maka ia telah memberikan sedikit sinar harapan untuk membolehkan saya membawa isteri saya mengerjakan haji. Untuk makluman Tuan saya memang benar-benar berhajat dan berharap untuk membawa isteri saya ke sana walaupon saya sendiri terpaksa menolak kerusi roda walau ke mana sekali pon.
Ada satu lagi pertanyaan saya kepada Tuan Dr. itu pon kalau tidak menjadi keberatan untuk Tuan Dr. menjawabnya . Semenjak Tuan Dr. dilantik menjadi petugas Perubatan di tanah Suci atau mengetahui dari sahabat-sahabat Tuan yang pernah bertugas di sana , “Adakah pernah berjumpa dengan jemaah haji Malaysia yang ada penyakit Angin Ahmar (sebelah badan) atau lumpuh (lower limb) dan menggunakan kerusi roda sepenuhnya semasa mengerjakan ibadah haji telah diluluskan pergi ke Mekah untuk mengerjakan Haji”. Jika perkara ini ada, maka ia bolehlah saya jadikan sebagai rujukan untuk memohon kelulusan.
Apa yang telah saya tahu melalui akhbar ialah 2 tahun lepas terdapat 3 orang perempuan adik beradik pergi ke Mekah dalam keadaan menggunakan kerusi roda kerana mereka lumpuh, mereka telah selamat pergi dan balik.
Mengenai masalah pergerakan isteri saya yang menggunakan kerusi roda itu, saya akan bertanggungjawab sepenuhnya membantu pergerakannya jika tenaga saya mampu. Penggunaan pembantu akan saya gunakan mengikut keperluan disamping saya akan berusaha menyediakan secukupnya kos keperluannya.
Terima Kasih
Ahmad Muda Osman
http://my.mc451.mail.yahoo.com/mc/compose?to=putrajaya475@yahoo.com.my---
>>>>>>>>>>>>>>
Pada Khm, 20/11/08,
suhazeli
Daripada: suhazeli
Subjek: Re: Ibadah Haji
Kepada: putrajaya475@yahoo.com.my
Tarikh: Khamis, 20 November, 2008, 4:21 PM
Terima kasih kepada tuan yan gsudi menjengah blogspot saya.Masalah kesihatan semasa melakukan ibadah haji adalah paling penting untuk dipertimbangkan.Sehingga ada ulama yang menghukumkan kewajipan mengerjakan haji telah terhapus kerana ketidak-mampuan dari segi kesihatan. Walau bagaimana pun perlu diingat dengan Nabi allah Ibrahim pernah menyeru manusia untuk mengerjakan haji walau apa kenderaan mereka sekalipun
AL-Hajj [27] Dan serukanlah umat manusia untuk mengerjakan ibadat Haji, nescaya mereka akan datang ke (rumah Tuhanmu) dengan berjalan kaki dan dengan menunggang berjenis-jenis unta yang kurus yang datangnya dari berbagai jalan (dan ceruk rantau) yang jauh
Berkenaan masalah yang dihadapi oleh isteri tuan, saya mengesyorkan tuan mendapatkan rawatan dan pemeriksaan dari Doktor yang telah disahkan oleh pihak Tabung haji. Bagi pesakit hemodialysis, bakal haji diwajibkan mendapat kebenaran dari pakar nefrologi HKL terlebih dahulu sebelum mendapat kebenaran mengerjakan haji. Untuk pengetahuan tuan, pihak kementerian Arab Saudi hanya membenarkan lebih kurang 30 quota jemaah haji dari Malaysia untuk menjalankan hemodialysis di Tanah suci. Prosedurnya terlalu ketat. Surat pengesahan dari doktor Malaysia teralalu amat penting dengan disertakan stutus kesihatan pesakit. Ini termasuk status Hepatitis, HIV dan sebagainya.
Masalah pergerakan juga penting. Ibadah haji adalah ibadah yang memerlukan tenaga. Perjalanan ke Arafah mina, Tawaf dan Saie memerlukan ketahanan mental dan fizikal. Jika berkerusi roda, kena ada waris yang sanggup kehulu dan kehilir bersama. Walaupun di sana ada pembantu yang sanggup menyorong jemaah haji menggunakan kerusi roda, tetapi bantuan mereka mesti disertakan dengan kos. Lebih kurang kos untuk upah melontar RM300, Tawaf dan Saei RM400.
suhazeli.blogspot.com
(((((((((((((SUHAZELI)))))))))))))))
From: ahmad muda osman
To: suhazeli@yahoo.com
Sent: Thursday, November 20, 2008 3:34:42 PM
Subject: Ibadah Haji
Salam Hormat Tuan Dr .,
Saya tertarik dengan pengalaman yang Dr. paparkan dalam blog (((Hidup Bermanfaat))). mengenai pengalaman kerja bersama jamaah haji di Mekah.
Sehubungan dengan ini saya ada satu persoalan. Saya dan isteri bercadang untuk mengerjakan ibadat haji. Kalau tiada aral mungkin pada tahun hadapan saya akan ke sana , Masalah yang saya sedang fikirkan ialah keadaan kesihatan isteri saya : beliau adalah pesakit Kegagalan Buah Pinggang sejak 10 tahun lalu yang disebabkan penyakit darah tinggi dan menerima rawatan haemodialisis (3 x seminggu) sehingga sekarang . Beliau juga pernah diserang Angin Ahmar (R)CVA pada tahun 2003 dan pada masa ini pergerakan beliau adalah terhad. Beliau akan menggunakan kerusi roda sekiranya untuk keluar rumah (jika perlu sahaja) tetapi tidak memerlukannya semasa di dalam rumah. Keadaan kesihatannya adalah baik. Beliau tidak menghadapi masalah untuk melakukan ibadah solat dan lain-lain aktiviti di rumah. Beliau boleh berdikari untuk pengurusan dirinya sendiri.
Kami berharap benar-benar untuk ke tanah suci mengerjakan ibadat haji itu dan kami telah betul-betul bersedia dari segi perbelanjaan dan pengetahuan mengenai kerja-kerja haji kerana kami telah mengikuti kursus-kursus yang diadakan.
Saya ingin mendapat pandangan dan nasihat daripada Dr. mengenai keadaan kesihatan isteri saya ini. Adakah layak isteri saya untuk pergi mengerjakan haji dengan keadaan kesihatan beliau itu. Jika sekiranya terdapat halangan yang boleh menyebabkannya tidak layak ke sana , saya pohon jasa baik Dr. yang telah banyak pengalaman semasa bertugas di tanah suci, agar dapat menasihatkan saya apakah yang perlu saya lakukan untuk membolehkan kami berdua menunaikan haji juga. Terima kasih
Ahmad Muda Osman