Friday, June 20, 2008

KOLEKSI GAMBAR ...



The Malaysian Insider











Bas sekolah tanpa minyak












Bunga-bunga ini gugur disebabkan hujan yang turun sejak minggu lepas











Pandangan yang sama tapi lain penilaian...















Ahli Projek PMO's Federated Search 2006

Thursday, June 19, 2008

Pulau itu bukan hak Singapura - Sultan Johor



“Saya akan berikhtiar mencari jalan mendapatkan semula hak kedaulatan Batu Putih yang kini dimiliki Singapura supaya kembali kepada kerajaan Malaysia. Suka saya ingatkan bahawa saya tidak lupa pada Batu Putih. Pulau itu bukan hak Singapura, tetapi hak Johor. Sampai bila pun saya akan cari ikhtiar dapatkan semula pulau milik Johor itu,” titah Sultan Johor, Sultan Iskandar. Titah itu ditegaskan oleh Sultan Iskandar semasa merasmikan pembukaan Persidangan Pertama Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor hari Khamis. Pada 23 Mei lalu, Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda memutuskan hak kedaulatan Batu Putih diberikan kepada Singapura, manakala Batuan Tengah kepada Malaysia sementara Tubir Selatan diberikan kepada negara yang berada di perairannya. Sementara itu, Menteri Besar Johor, Datuk Abdul Ghani Othman ketika diminta mengulas titah Sultan Johor itu berkata, pihaknya akan mengambil kira perkara yang dibangkitkan oleh baginda tetapi enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu. - (Agenda Daily 19/6/2008 )

Pisang tak berbuah dua kali di Pulau Pisang…

Kalau mengikut penjelasan yang dibuat oleh Menteri Besar Datuk Ghani Othman nampaknya rakyat negara ini tidak perlu bimbang tentang kedudukan Pulau Pisang yang terletak di luar perairan Pontian. Sebelum ini tanda tanya timbul mengenangkan adanya sebuah rumah api yang diuruskan oleh Singapura di pulau itu. Di pulau ini lain ceritanya berbanding Pulau Batu Putih yang diputuskan oleh Mahkamah Keadilan Antarabangsa milik Singapura. Menurut Ghani kedaulatan dan hak milik kerajaan negeri Johor terhadap Pulau Pisang adalah jelas. Menurutnya, kewujudan rumah api di pulau yang berkeluasan 178.4 hektar tersebut adalah menerusi perjanjian di antara Sultan Johor pada ketika itu, Sultan Ibrahim dan kerajaan Inggeris. "Pulau Pisang itu berada di dalam daftar kerajaan dan ia adalah milik kerajaan negeri Johor. Keperluan rumah api itu adalah sekadar untuk laluan perkapalan, syarat itu hendaklah dipatuhi," katanya kepada pemberita selepas merasmikan majlis Ijtimak Huffaz Al-Quran Negeri Johor di Johor Bharu Isnin. Beliau berkata, keluasan rumah api kendalian Singapura adalah kira-kira 0.4 hektar dan republik tersebut turut dibenarkan membina jeti serta laluan darat ke rumah api tersebut bagi kemudahan warganya. Ghani berkata demikian tentang kemungkinan wujudnya pertikaian tentang kedaulatan serta hak pemilikan negara terhadap Pulau Pisang berikutan pengurusan rumah apinya yang dikendalikan oleh Singapura. Menurutnya, pada 2001 kerajaan Malaysia mengenakan syarat mengkehendaki warga Singapura yang bertugas di rumah api Pulau Pisang supaya mendaftarkan diri di Pejabat Laut dan Pejabat Imigresen di Kukup, Pontian. Pendaftaran itu perlu dilakukan dua minggu sekali ketika mereka memasuki dan keluar daripada pulau tersebut, katanya sambil menambah, kawasan rumah api itu berpagar dan merupakan kawasan larangan. Mengenai rancangan membangunkan pulau terbabit, menurut Ghani, Pulau Pisang itu berpotensi untuk dibangunkan disebabkan keindahannya, tetapi tiada keputusan rasmi mengenai perkara itu setakat ini. Selain Pulau Pisang, terdapat beberapa pulau lain yang terletak berdekatan dengannya iaitu, Pulau Tunda, Pulau Kemudi dan Pulau Sauh. Ghani juga berkata nelayan-nelayan negara ini dibenarkan menangkap ikan di Pulau Pisang, selain kebenaran terhadap penduduk tempatan Kukup untuk memungut hasil buah-buahan dari pulau itu. - (Agenda Daily 26/5/2008)

Pulau Batu Puteh milik Singapura... SAH milik Singapura


Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda hari Jumaat memutuskan Pulau Batu Puteh adalah milik Singapura. Bagaimanapun, Terumbu Karang Tengah yang turut dituntut oleh Singapura disahkan milik Malaysia, demikian penghakiman kes tuntutan berkenaan yang disampaikan Hakim Awn Shawkat Al-Khasawneh. Tuntutan ke atas Pulau Batu Puteh dibawa ke ICJ pada 6 Februari 2003 dalam usaha Malaysia dan Singapura meleraikan tuntutan bertindih. Pertikaian antara Singapura mengenai Pulau Batu Puteh bermula pada 14 Februari 1980, apabila republik itu membantah tindakan Malaysia menerbitkan peta pada 1979, yang dengan jelas menunjukkan pulau itu terletak dalam wilayah Malaysia. Susulan kepada bantahan tersebut, Singapura Februari 1993, meluaskan tuntutannya ke atas Terumbu Karang Tengah dan Terumbu Karang Selatan, yang terletak berhampiran pulau itu. – (Agenda Daily 23/5/2008)

Keputusan ICJ cetuskan isu pertindihan hak kawasan antara Malaysia-Singapura - MB Johor

Keputusan Mahkamah Keadilan Antarabangsa (ICJ) di The Hague, Belanda semalam yang memberikan Singapura hak ke atas Pulau Batu Puteh manakala Malaysia terhadap Terumbu Karang Tengah, berkemungkinan mencetuskan isu pertindihan hak kawasan antara kedua-dua negara itu, kata Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman. Beliau berkata isu pertindihan hak kawasan antara Malaysia dan Singapura itu timbul berikutan kedudukan Pulau Batu Puteh dan Terumbu Karang Tengah yang terlalu hampir antara satu sama lain. "Saya percaya kerana keputusan mahkamah sebegitu rupa sehingga berkemungkinan ada pertindihan kawasan sempena dengan kedaulatan yang telah pun diberikan kepada Malaysia terhadap Terumbu Karang Tengah dan Singapura terhadap Pulau Batu Puteh." "Agak menarik keputusan ICJ kerana kedua-dua pulau ini berdekatan tetapi kedaulatan berlainan," katanya kepada pemberita selepas merasmikan kilang bahan-bahan reka bentuk lanskap "Masiff Design" di Johor Bharu Sabtu. ICJ melalui pengundian 12-4 yang berpihak kepada Singapura menetapkan bahawa negara jiran itu mempunyai hak kedaulatan terhadap Pulau Batu Puteh, manakala Malaysia pula melalui pengundian 15-1 diberikan hak kedaulatan terhadap Terumbu Karang Tengah. Berdasarkan penghakiman, keputusan ICJ terhadap Pulau Batu Puteh itu dibuat merujuk surat pegawai yang mewakili setiausaha kerajaan negeri Johor pada 1953 yang dianggap mahkamah sebagai bukti menyerahkan kuasa dan kedaulatan pulau itu kepada Singapura. Mahkamah itu juga menetapkan bahawa Terumbu Karang Selatin adalah milik negara di perairan mana pulau itu terletak. Pulau Batu Puteh sebesar separuh padang bola sepak terletak kira-kira 12.8 kilometer (km) dari Pengerang, Johor dan 64 km ke Timur Singapura. Jarak antara Terumbu Karang Tengah dengan Pulau Batu Puteh ialah 0.96 km manakala Terumbu Karang Selatin dengan Pulau Batu Puteh kira-kira 4 km. Bernama melaporkan Abdul Ghani berkata kini jawatankuasa teknikal yang bakal ditubuhkan oleh kedua-dua negara untuk mengkaji kesan perundangan dan melaksanakan keputusan ICJ itu perlu menyelesaikan dahulu isu pertindihan hak kawasan terbabit. Ditanya sama ada kerajaan perlu bertindak membesarkan Terumbu Karang Tengah melalui kaedah penambakan bagi membolehkan ia dihuni manusia, beliau berkata kerajaan negeri menyerahkan keputusan itu kepada kerajaan pusat. Dengan penyelesaian oleh ICJ terhadap tuntutan bertindih di tiga pulau itu, Abdul Ghani berkata selepas ini tidak timbul lagi isu berbangkit berkenaan pemilikan dan kedaulatan melibatkan pulau-pulau lain di perairan Johor, termasuk Pulau Pisang. "Kedaulatan dan hak milik Pulau Pisang adalah jelas, pendaftaran tanah (Pulau Pisang) itu adalah jelas hak milik Johor," katanya. Pulau Pisang yang terletak di perairan Pontian itu turut menempatkan sebuah rumah api yang kini diuruskan oleh pihak berkuasa Singapura. Di MELAKA, Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani Datuk Mustapa Mohamed berharap jawatankuasa teknikal bersama Malaysia dan Singapura dapat menentukan sempadan baru perairan dengan secepat mungkin. "Sempadan perairan ini penting untuk nelayan," katanya kepada pemberita selepas melancarkan nama baru Jabatan Perkhidmatan Veterinar menggantikan Jabatan Perkhidmatan Haiwan di sini, hari ini. Menurutnya terdapat lebih 1,500 nelayan di Pengerang, Johor yang selama ini berharap untuk beroperasi di kawasan Pulau Batu Puteh, tidak kesampaian berikutan keputusan ICJ itu. - (Agenda Daily 24/5/2008) ---------------------------